Thursday 30 October 2014

Manuskrip 13 (Fasal bab kitab Tazkirah Tabaqah tentang larangan belajar / mengajar di luar ahli sunnah wal jama’ah di Aceh.)


Manuskrip 13

 

Judul: Fasal bab kitab Tazkirah Tabaqah tentang larangan belajar / mengajar di luar ahli sunnah wal jama’ah di Aceh.

Pengarang/ penyalin:  Tidak disebutkan.

Keadaan Fizikal: Naskhah lembaran lepasa dan sukar dibaca.

Kandungan:

1.  Naskhah ini memperkatakan tentang larangan keras masuknya ilmu golongan yang 72 baik belajar mahupun belajar ilmu tersebut dalam Kerajaan Acheh Darussalam. 

2.  Diberikan sangsi hukuman kepada yang belajar dan mengajar dengan keputusan Syaikh Ka’abah Mufti Empat dan Alim Ulamak ahli sunnah waljama’ah r.a iaitu hukum adat kerajaan 13 bulan dalam pagi dan denda adat 17 tahlil. 

3.  Juga dalam naskhah ini di dedahkan sebab-sebab larangan mempelajari ilmu tersebut yang 25 sebab antara lain ilmu mazhab mereka itu merosak nama agama islam, meringankan syariat nabi s.a.w. dan lain-lain.



 
 

Manuskrip 12 (Petikan dari 23-25 dari kitab Tazkirah Tabaqah mengenai ciri-ciri ilmu yang tidak perlu dituntut.)


Manuskrip 12

 
 
Judul: Petikan dari 23-25 dari kitab Tazkirah Tabaqah mengenai ciri-ciri ilmu yang tidak perlu dituntut.

Pengarang/ penyalin:  Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.

Keadaan Fizikal: Naskhah baik tulisan agak kabur.

Kandungan:

1.  Menghuraikan ciri-ciri yang tidak patut dituntu menjadi ilmu atau dengan sebab-sebab tertentu maka ilmu tersebut tidak dapat dituntut seperti sedia ada seperti ilmu bukan untuk beramal tetapi untuk mencaturkan orang lain atau ilmu yang membenci kebenaran dan lain sebagainya.



 

Manuskrip 43 (Hikayat sejarah raja-raja Melayu dalam negeri Johor)





Manuskrip 43

 
 
Judul: Hikayat sejarah raja-raja Melayu dalam negeri Johor.

Pengarang/ penyalin: Tiada.

Keadaan Fizikal: Baik terang (jelas).

Kandungan:

1.  Naskhah ini mengandungi berbagai-bagai kisah / sejarah beberapa negeri atau kawasan Melayu Islam masa dahulu. Seperti kerajaan Pasai, Raja Syahrum muni, malikul Mansur di Samudra, titah Raja Iskandar sampai ke Muar, Raja Majapahit sudah hilang, Hang kasturi, Raja Cina, Sultan Mansur Syah, Raja Campa Sultan Mahmud Raja Pahang dan lain-lain.


 
 

Wednesday 29 October 2014

Manuskrip Arab 21 (Syarah al-abyat al-munfasal min al-Arabi)



Manuskrip Arab 21


 

 

Judul: Syarah al-abyat al-munfasal min al-Arabi.
Pengarang/ penyalin:  al-Alamah Jarullah al-Zamakhsyari .

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.  Kitab ini menghuraikan makna dan pengertian bait syair, yang telah dituliskan pada mukaddimah kitab. 

2.  Disamping itu juga dibincangkan beberapa ulasan-ulasan yang menjadi kaedah-kaedah huraian istilah yang telah baku seperti pebezaan dan persamaan diantara satu dengan lainnya atau dapat dikatakan juga seperti asal perkataan sesuatu.
 


 

Manuskrip Arab 34 (Kitab Nikah “Jawahir al-kalam”)



Manuskrip Arab 34

 
 
Judul: Kitab Nikah “Jawahir al-kalam”

Pengarang/ penyalin:  Nasruddin Syah Qajar.

Keadaan Fizikal: Baik dan terang.

Kandungan:

1.  Kitab ini membincangkan secara terperinci berkenaan dengan nikah dan segala yang berhubungan dengan nikah. 

2.  Dalam kitab ini dibincangkan mengenai hukum hakam yang berkenaan dengan masalah kitab nikah, kitab al-talaq, kitab al-khulu’ wal al-mubarat, kitab al-zihar, kitab al-kifarat, kitab al-li’an, kitab al-itq, kitab al-mukatabah, kitab al-iqrar, kitab al-ju’alah, kitab al-iman dan kitab al-nazar.
 

 

 

Manuskrip Arab 22


Manuskrip Arab 22

 
 
Judul: Tiada.

Pengarang/ penyalin:  Bahauddin Muhammad bin al-Syaikh Izziddin Hussen bin Syaikh Abd. Al-Samad bin Syaikh al-Imam Syamsuddin bin Muhammad bin Ali bin Hasan bin Muhammad bin Saleh.

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.  Kitab ini membincangkan beberapa perkara yang pertama: adalah berkenaan masalah –masalah yang diajukan oleh al-Sayed al-Allamah berkenaan dengan fenomena fekah seperti taharah dan lain sebagainya. Dengan bentuk Tanya jawab. 

2.  Kitab ini juga membincangkan berkenaan amalan-amalan yang baik dilakukan sehari-hari dan kelebihan-kelebihannya. Dalam bab pertama: menerangkan amalan yang baik dilakukan sejak terbit fajar sehingga terbit matahari.

 
 
 

Manuskrip Arab 20 (al-Sak)


Manuskrip Arab 20

 
 
Judul: Al-Sak.

Pengarang/ penyalin:  Tiada.

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.  Kitab ini dalam bahasa Parsi yang bercampur dengan bahasa Arab. Dalam fasal yang pertama perbincangan berkenaan dengan ilmu syurut (syarat-syarat) dan tajuk-tajuk ilmu berkenaan serta matlamatnya.

2.  Dalam fasal kedua membincangkan nama-nama ilmu syarat, fardunya, syarat-syaratnya, hukum hakamnya, sunat-sunatnya dan adab-adabnya. 

3.  Fasal yang ketiga berkenaan dengan qada’ wal qadar serta selok beloknya, aqad nikah dari semenjak pertunangan dan pandangan-pandangan atau pendapat-pendapat berkenaan pertunangan. 

4.  Dan dalam fasal keempat, membincangkan laqab-laqab yang dituliskan dalam al-Sak. 

5.  Fasal ke lima ulasan berkenaan bermacam-macam ‘arudh. 

6.  Fasal ke enam parihal bermacam-macam surut yang dikirmkan. 

7.  Fasal ke tujuh berkenaantajuk-tajuk al-Sak iaitu : kitab nikah, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan nikah.


 
 
 

Tuesday 28 October 2014

Manuskrip Arab 19 (Tanbih al-Muizzin)



Manuskrip Arab 19



 

Judul: Tanbih al-Muizzin.

Pengarang/ penyalin:  Sayed Abd. Wahab ibn Ahmad Ali al-Syakrawi.

Keadaan Fizikal: Baik dan terang.

Kandungan:

1.  Kitab ini mengandungi ulasan berkenaan tasawuf iaitu ulasan tentang akhlak-akhlak ahli tasawuf dan berbagai-bagai untaian kata-kata nasihat yang berguna, serta perlataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang berharga daripada ahli-ahli tasawuf seperti Hasan al-Basri dan lain-lain. 

2.  Kitab ini adalah kitab nafisah (yang sangat tinggi nilai kandungannya) seperti kitab Minhaj imam Syafie dan kitab Saif al-Qati’.
  

Manuskrip 39 (Undang-undang Riau)




Manuskrip 39

 
 
Judul: Undang-undang Riau.

Keadaan Fizikal: Baik dan terang.

Kandungan:

1.  Mengenai undang-undang adat Riau yang terdiri daripada 10 fasal, yang menghuraikan
tentang majlis raja-raja, bahasa raja-raja, adat duduk negara.
 
2.  Merupakan manuskrip salinan.
 

 
 

Manuskrip 33 (Kitab Sifat dua puluh)


Manuskrip 33

 
 
Judul: Kitab Sifat dua puluh.

Pengarang/ penyalin:  Daud ibn Abdullah al-Fatani.

Keadaan Fizikal: Jelas dan terang.

Kandungan:

1.   Kitab ini membahaskan berkenaan ilmu Tauhid iaitu sifat-sifat yang wajib kepada Allah (SWT), yang mustahil dan harus pada Allah (SWT). Di samping itu membahas secara mendalam berkenaan sifat iftiqar dan sifat istighna’ yang berhimpun dalam kalimah Lailahaillallah yang mengandungi sifat dua puluh di dalamnya. 

2.  Sifat istighna’ terdiri dari 11 sifat dan sifat iftiqar terdiri dari 9 sifat iaitu sifat istighna’ : wujud, qidam, baqa’, mukhalafatuhu lilhawadith, qiyamuhu binafsih, sama’, basar, kalam, sami’un, basirun, mutakallimun. Sedangkan sifat iftiqar itu ialah : qudrah, iradah, ilmu, hayat, qadirun, muridun, alimun, hayyun, wahdaniyah. Juga terdapat carta pembahagian sifat-sifat istghna’ dan iftiqar secara ringkas dan berkesan untuk memudahkan pemahaman. 

3.  Pada bahagian akhir naskhah ini disebutkan nama-nama Rasul pilihan yang dua puluh lima rasul dan catitan atau keterangan pembahagian warisan kepada beberapa ahli waris yang berhak menerimanya (faraidh).


 
 
 

Manuskrip Arab 7 (Al- Nitaf)


Manuskrip Arab 7

 
Judul: Al- Nitaf.

Pengarang/ penyalin:  Abu al-Hasan Ali.

Keadaan Fizikal: Baik dan terang.

Kandungan:

1.   Naskhah ini membincangkan masalah berkenaan dengan ilmu fikah dalam mazhab Hanafi.


 
 

Manuskrip Arab 5 (Kitab al-hiyal)


Manuskrip Arab 5

 
Judul: Kitab al-hiyal.

Pengarang/ penyalin:  Tiada.

Kandungan:

1.    Buku ini berkaitan Fiqh. 

2.   Membincangkan mengenai munakahat, muamalat dan sebagainya yang berkaitan dengan salsiah.



 

Manuskrip 35 (Kitab Tajwid)


Manuskrip 35

 
Judul: Kitab Tajwid.

Pengarang/ penyalin:  Tidak disebutkan.

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.  Membincangkan tata cara membaca al-Qur’an (ilmu tajwid), dan pembahagian-pembahagian hukum hakam qiraat al-Qur’an. 

2.  Juga ikut diperjelaskan dalam naskhah ini tentang makhrajul huruf (tempat terbitnya huruf secara betul), dan juga perkara-perkara yang berkenaan dengan makhrajul huruf.

 

Manuskrip Arab 18 (Talkhis al-Aqwal fi tahqiq ahwal al-rijal)


Manuskrip Arab 18

 
Judul: Talkhis al-Aqwal fi tahqiq ahwal al-rijal.

Pengarang/ penyalin:  Muahammad Ja’far ibn Syaikh Hasan al-Hamusi.

Keadaan Fizikal: Baik dan terang.

Kandungan:

1.   Kitab ini membincangkan berkenaan dengan nama-nama perawi hadith mengikuti salasilah keturunan mereka masing-masing dan juga berkenaan dengan laqab dan lain-lain sebagainya yang berhubung dengan perawi. 

2.   Keterangan nama-nama perawi disusun sesuai dengan susunan huruf hijaiyah.
 

 

Manuskrip 42 (Syair Alif Ba Ta)




Manuskrip 42

 
 
 
Judul: Syair Alif Ba Ta.

Keadaan Fizikal: Baik dan agak sedikit kabur.

Kandungan:

1.  Naskhah ini adalah bahan salinan. 

2.  Naskhah ini menghuraikan berkenaan syair yang berbentuk nasihat dan ianya adalah syair karangan bukan cerita. 

3.  Karangan ini hasil daripada ilmu pengetahuan atau pengalaman pensyair dalam kehidupan sehari-hari.



 

Manuskrip 16 (Kanun Siasah Aceh Darussalam)


Manuskrip 16

 
 
Judul: Kanun Siasah Aceh Darussalam.

Pengarang/ penyalin:  Syaikh Abbas Kuta Karang al-Asyi.

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.   Memperkatakan berkenaan negeri Acheh pada masa mendatang iaitu pada masa yang diistilahkan dengan “zaman buka” atau mungkin dapat diertikan era globalisasi, yang mana pada masa itu manusia telah banyak yang lupa kepada Allah (SWT) dan ajaran Rasul (SAW). 

2.   Acheh pada masa itu (sekarang ini) telah pun gemerlapan dengan lampu-lampu di merata tempat, lebih daripada itu juga fenomena negeri Acheh secara khusus dan kawasan lainnya, dinyatakan bahawa hasil buminya diambil oleh orang putih, selanjutnya oleh orang kulit kuning dan akhirnya oleh orang Jawa. Demikianlah keadaan bangsa Aceh pada masa Jawa memerintah. 

3.   Tersebut juga 44 orang ulama Aceh yang berkumpul di mesjid Baiturrahman banda Aceh titah Sultan Iskandar Muda, untuk meramalkan masa depan negeri Acheh khasnya dan negeri-negeri lain amnya. 

4.   Untaian Syair yang di nazamkan oleh Syaikh Abdul Wahid yang berkenaan fenomena negeri Aceh dan bangsa Aceh masa depan.
 
 

Manuskrip 15 (Beberapa tarikh sejarah kerajaan Aceh dengan penyerangan terhadap negeri-negeri Melayu dan kisah-kisah lainnya.)


Manuskrip 15

 
 
Judul: Beberapa tarikh sejarah kerajaan Aceh dengan penyerangan terhadap negeri-negeri Melayu dan kisah-kisah lainnya.

Pengarang/ penyalin:  Tanpa pengarang / penyalin.

Keadaan Fizikal: Baik dan jelas.

Kandungan:

1.   Dalam naskhah ini diterangkan tentang sejarah sultan-sultan Aceh asal usul dan lain sebagainya. Disamping itu juga menceritakan kisah tentang dua orang ulama yang berbantahan mengenai pahaman a’yan thabitah yang terdapat dalam kitab Saifulqati’ hinggalah datang seorang ulama besar yang dapat menjelaskan perkara tersebut iaitu Syaikh Nuruddin Ar-Raniry dari Gujarat. 

2.   Turut didedahkan juga tentang tarikh Sultan Iskandar Muda mendirikan mesjid Baiturrahman pada 1022 Hijriyah,juga Baitulmusyahadah dan tarikh penaklukan negeri Pahang pada 1026 Hijriyah, Kedah 1027 Hijriyah, Perak 1029 Hijriyah oleh kerajaan Aceh Darussalam. Demikian juga tentang tarikh peperangan terhadap Melaka setelah menaklukkan kapal-kapal Orang Kaya Maharaja pada tahun 1038 Hijriyah. 

3.  Terdapat juga dalam naskhah ini ayat dan hadist yang terdapat alam Bustanussalatin dan juga sejarah salasilah keluarga sultan-sultan Aceh serta sejarah peperangan Aceh dengan Pulau Pinang. Pulau Pinang pada masa itu dibawah perintah Syed Hussain.

 

Manuskrip 9 (Pohon Kerajaan Acheh Darussalam.)

Manuskrip 9






Judul: Pohon Kerajaan Acheh Darussalam.

Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.

Keadaan Fizikal: kertas yang baik, Naskhah lengkap.
Kandungan:

1.   Dalam manuskrip ini mendedahkan 21 peraturan atau ketetapan yang terdapat dalam kerajaan Aceh Darussalam yang harus dijalankan oleh rakyat Aceh. Dan ketentuan yang diwajibkan oleh kerajaan Aceh untuk memegang teguh Agama Allah (s.w.t.) dan Syariat Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan bermazhab Imam Mujtahid Mutlaq Imam Syafi’e (r.a.) sebagai mazhab rasmi kerajaan Aceh Darussalam dengan mengiktiraf mazhab Imam mutlaq tiga yang lainnya. 

2.   Menyalin kembali muqaddimah kitab Tazkirah Tabaqah juzuk1, fasal 1, halaman 5, bab II. Berkenaan beberapa ramalan masa depan negeri Aceh dan negeri bawah angin yang di ramalkan oleh ulama-ulama Aceh seramai 44 orang di mesjid Bait al-Rahman di hadapan Baginda Sultan Iskandar Muda atas titah Baginda Sultan. Antara ramalan adalah kejadian sejarah yang tak dapat dinalar oleh akal fikiran biasa iaitu pada tahun 1390 Hijrah, 1362 Hijrah, 1365 Hijrah. 

3.   Ungkapan kesedihan Sultan Iskandar Muda yang dilukiskan dengan dendangan Syair yang menyayat hati terdapat dalam 1r, di bahagian bawah dan syair tersebut bertuliskan dengan bahasa Acheh.