Datuk Mohd Zain Abdul Majid

 



  • Beliau dilahirkan pada bulan November 1938 di Negeri Sembilan. 

  • Merupakan anak kedua kepada pasangan Abdul Majid dan Meriam Yusof, dan bapa kepada tiga orang anak. 

  • Mula mendapat pendidikan awal  di Sekolah Melayu Jempol dan seterusnya melanjutkan persekolahannya di Tuanku Muhammad School (TMS), Kuala Pilah. 

  • Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah muda iaitu penolong pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada awal Mei 1965. 

  • Sumbangan beliau kepada negara adalah memperkukuhkan sistem pelajaran yang sedia ada dan menampung keperluan pelajar dalam aliran Bahasa Kebangsaan. 

  • Beliau sangat mementingkan pencapaian orang melayu dalam pendidikan dan kemahiran.  Dengan demikian ia menjadi agenda utama  dalam menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama rakan-rakan seperjuangan.


Zain Majid, Datuk. (2002). Memoir Zain Majid: Mercu-mercu dalam perjalanan hidup. Bangi: Penerbit UKM.


No comments:

Post a Comment