Prof Datuk Zainal Abidin Wahid


  • Dilahirkan pada 14 Mei 1933 dan merupakan anak jati Teluk Intan, Perak. 
  • Isteri beliau, Datin Badariah Abdul Hamid, dan dikurniakan dua orang anak, Zainal Izmi dan Zainal Izlan serta lima cucu. 
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Anson dan Sekolah Anglo-Chinese Teluk Anson pada tahun 1946 hingga 1951. 
  • Pemegang Ijazah di Universiti Queensland, Brisbane, Australia (1953-58) dan di London School of Economics and Political Science, England (1958-59)
  • Berkhidmat sebagai Profesor Sejarah di Jabatan Sejarah (1970-1991) dan pernah menjadi Pengarah Pusat Pengajian Borneo Universiti Kebangsaan Malaysia (1991-1993)
  • Semangat juang dan rasa cinta akan Bahasa Melayu menjadi batu loncatan kepada beliau dan rakan-rakan untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. 
  • Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penaja Universiti Kebangsaan Malaysia  dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kecil Tenaga Pengajar dan Latihan. 
  • Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun akibat jangkitan paru-paru dan penyakit tibi. 


Helmi. (2004, September 07). Tokoh pejuang bahasa: Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid. PTS
Media Group. Diperoleh daripada https://pts.com.my/berita/tokoh-pejuang-bahasa-datu k-za inal-abidin-abdul-wahid.

Arkib Negara Malaysia & Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. (1999, September
30). Majlis pengkisahan sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bilik Jumaah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment