Manuskrip 7 |
Judul:
Perihal
berkenaan dengan shalat Jumaat dan berbagai hukum shalat sunat iadah zuhur
sesuai dengan keadaannya dan tarikh kelahiran Sultah Iskandar Muda serta
sejarah lima kerajaan besar di dunia yang telah berlalu dan yang akan datang.
Pengarang/
penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd.Rahman Jamalullail.
Keadaan
Fizikal: Kertas yang baik, Naskhah lengkap.
Kandungan:
1. Pada
muka surat pertama menerangkan sanksi hukum terhadap orang yang memalsukan wang
dan emas serta hukuman bagi orang yang membawa emas keluar negara.
2. Kandungan
kitab adalah berkenaan dengan masalah shalat Jumaat serta hal ehwal hukum hakam
shalat Jumaat itu sendiri.
3. Syarahan
di pinggir adalah memperkatakan tentang Cap Halilintar iaitu (Cap Seukureng)
siapa dapat memegang (Cap Seukureng) ia yang akan dapat memimpin kerajaan
Acheh. Juga memperkatakan tentang pembahagian hak Allah hak anak Adam dan hak
kerajaan Acheh, yang termasuk dalam resam nafsi.
Juga memperkatakan tentang hukum Islam sebagai sumber kanun kerajaan Acheh, membincangkan tentang imam-imam mujtahid mutlak yang empat.
Juga mendedahkan berkenaan hukum pencuri yang mencuri untuk makan kerana lapar, mencuri untuk kaya dan yang membunuh pemiliknya,kesemuanya disebutkan dalam kitab Tazkirah Tabaqah.
4. Memperkatakan
tentang hari kelahiran Iskandar Muda (Abdullah Sulaiman ibni Mansur pada
12hb.Rabiul Awal, hari Isnin, tahun 999 hijriah).
5. Dalam
muka surat terakhir memperkatakan tentang khalifah-khalifah Allah di muka bumi
ini semenjak nabi Adam a.s hingga sampai ke nabi Muhammad dan memperkatakan
kerajaan-kerajaan besar itu ada lima, empat pada masa yang telah lalu, dua
diantaranya kerajaan Islam iaitu Kerajaan Islam pada masa nabi Sulaiman a.s dan
Iskandar Zulkarnain a.s sedangkan Dua kerajaan kafir yang pertama Raja namrud
yang kedua Raja Bakhat Nasara. Sedangkan yang kelima kerajaan akan datang iaitu
Imam Mahadi Muhammad Ibni Abdillah al-Fathimi yang semuanya tersebut dalam
kitab Tazkirah Tabaqah.
No comments:
Post a Comment