Prof. Gs. Ts. Dr.
Mohd Ekhwan Hj. Toriman
Naib Canselor Ke - 12
1 Januari 2021 – 2 Februari 2025
Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dilantik sebagai Naib Canselor UKM menggantikan Prof. Ir. Dato’ Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada 1 November 2020. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Jan 2021 hingga 2 Februari 2025.
Dilahirkan pada 11
September 1969 di Johor Bahru, dan merupakan anak kedua kepada pasangan Haji
Toriman dan Hajah Safiah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong
Abdul Rahman sebelum melanjutkan pelajaran menengah di beberapa sekolah dan
menamatkan Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru pada
tahun 1988. Berbekalkan keputusan cemerlang, beliau melanjutkan pengajian dalam
bidang Geografi Fizikal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK).
Setelah tamat pengajian
di UKM, beliau menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kejuruteraan
di University of Manchester, UK pada tahun 1994. Seterusnya, beliau memperoleh
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang hidrologi sekitaran daripada
University of Newcastle Upon Tyne, UK pada tahun 1999 dengan pencapaian tesis cemerlang.
Beliau juga pernah
menjawat beberapa jawatan penting termasuk Dekan Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (FSSK) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan
Pembangunan) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau turut
berperanan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Pada 3 Febuari 2025 beliau telah mengundur diri sebagai Naib Canselor UKM secara sukarela.
Sumber: Teks Ucapan sempena Syarahan Perdana
“Hidrologi Sekitaran: Dari Alur ke Sungai, Daripada Tercemar kepada Terawat”.
2019
No comments:
Post a Comment