Prof.
Emerita Tan Sri Dr. Sharipah Hapsah Bt. Syed Shahabudin
Naib Canselor Ke - 9
28 Ogos 2006 – 31 Disember 2013
Prof.
Emerita Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin
(lahir 1948, Kedah) merupakan tokoh pendidikan negara yang pernah menyandang
jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 27 Ogos 2006
hingga 31 Disember 2013. Beliau ialah anak kepada Dato’ Syed Hasan Syed Zain
Shahabudin dan Datin Sharifah Zaharah Syed Ahmad AlJafri.
Berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya
(1973), beliau seterusnya memperoleh Sarjana Kesihatan (Personnel Education)
dari Universiti New South Wales, Australia (1982) dan Ijazah Doktor Falsafah
(PhD) dalam bidang Perubatan pada tahun 1997.
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menjadi Ketua Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan UKM (1976–1979), Pengarah Pusat Pembangunan Akademik UKM, serta memainkan peranan penting di Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (2000–2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti (2004–2006). Beliau terlibat dalam penggubalan Panduan Kualiti Pendidikan Tinggi bersama UNESCO dan OECD, serta dalam rundingan WTO mengenai perkhidmatan pendidikan tinggi.
Beliau
turut menjadi ahli Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya
Integriti Penguatkuasa Undang-undang, serta menganggotai
jawatankuasa kebangsaan seperti MAPEN
II dan Panel
Bebas Mengkaji Pelan Pendidikan. Sumbangan besarnya termasuk
membangunkan kurikulum perubatan bersepadu UKM, mewujudkan sistem akreditasi
perubatan negara, serta memperkukuh agenda jaminan kualiti pendidikan tinggi
Malaysia.
Prof. Sharifah menerima Ijazah Kehormat daripada lima universiti antarabangsa serta beberapa pengiktirafan berprestij seperti Fretz Katz Memorial Medal for Excellence in Medical Education (1993) dan ICDE-COL Special Award of Excellence for Distance Education (1995). Selain itu, beliau pernah menjadi Presiden National Council of Women’s Organisations (NCWO), ahli Akademi Perubatan Malaysia, Akademi Sains Malaysia, serta Penasihat Pendidikan Perubatan WHO.
Sumber: Rokiah Talib. Sharifah Hapsah: Inspiring
Futures. 2014
No comments:
Post a Comment