KETUA
PUSTAKAWAN UKM KE 7
Encik Wan
Suhaimi Ariffin
Tempoh Berkhidmat:
4 Mei 2017 – 3 Mac 2020
Beliau
dilahirkan di Palekbang, Kelantan dan dibesarkan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Rendah Sri Petaling pada tahun 1968,
di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada tahun 1974 dan seterusnya di Yayasan
Anda Akademik tahun 1980.
Kemudiannya
beliau menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam jurusan Sains
Perpustakaan di Institut Teknologi Mara (ITM). Di atas minat untuk menceburi
bidang kepustakawanan beliau seterusnya, melanjutkan pengajian di peringkat
Sarjana dalam bidang yang sama dan memperolehi Masters in Library Science
dari Syracuse University, New York pada tahun 1987.
Kerjaya
beliau bermula sebagai Pegawai Perpustakaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
pada Oktober 1985 selama 14 tahun. Pada 1 Februari 1994, beliau telah memulakan
perkhidmatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ditempatkan di
Perpustakaan Cabang Perubatan, Fakulti Perubatan. Berdasarkan pengalaman selama
lebih 3 dekad dalam bidang
kepustakawanan serta menyandang jawatan di pelbagai peringkat telah melayakkan
beliau dilantik sebagai Ketua Pustakawan yang ke-7 pada 4 Mei 2017.
Sebagai Ketua Pustakawan UKM, beliau menekankan prinsip kepimpinan bagi memastikan hala tuju perpustakaan sentiasa jelas dan terselaras. Pendekatan pengurusannya berfokus kepada mempermudahkan urusan iaitu menyelesaikan backlog ‘buku Sabah’, serta pelaksanaan inisiatif praktikal seperti pemendekan waktu operasi perpustakaan mengikut keperluan. Beliau turut memperkenalkan kaedah kutipan dana yang lebih mesra penyumbang dan menjadikan penglibatan pelajar sebagai strategi menyokong operasi teknikal. Gaya kepimpinannya dikenali sebagai tegas, sistematik dan berorientasikan penyelesaian.
Sumber
: Wawancara bersama Encik Wan Suhaimi Ariffin pada 2023
No comments:
Post a Comment